Khamis, 20 Jun 2013

10 tahun dahulu dan kini

10 tahun dahulu dan kini

10 tahun dahulu

hidup ini penuh kekeliruan
jiwa ini begitu kekosongan
hati ini dipenuhi dengan dendam
rasa sakit yg tak kunjung padam

10 tahun dahulu

aku wanita yg tiada sempadan
berani yang keterlaluan
tiada arah tujuan
setiap hari dipenuhi kekhilafan

kini 

aku punya arah tuju
bahagia walau tidak sempurna
punya masa dan waktu
hanya untuk puteri dan putera tercinta

kini

aku bergelar ibu
yang ku dambakan 10 tahun dahulu
syukur ku sujud pada Mu
moga Kau memberi aku waktu
untuk mendidik cahaya mataku
menjadi anak soleh dan solehah di bawah keberkatan Mu.

Amin amin ya rabill a alamin

syukur ku hanya pada mu Ilahi
Alhamdullilah ku panjatkan setiap pagi
tiap kali diri ini diberi nafas lagi
moga harian ku penuh diberkati
amin amin ya rabill a alamin


Tiada ulasan: