Selasa, 10 November 2015

 KAU YANG BERNAMA ADIK

aku pernah punyai adik yang ku sayang

yang ku kasih yang ku tatang

namun..
itu cuma tinggal kenangan
kerana jodoh ku yang tidak dia berkenan
bermacam cara dia aturkan
pada semua saudara fitnah ditaburkan
supaya semua tidak berkenan

terakhir kali sungguh ku tak mampu
tak sanggup aku mengaku dia adalah saudara ku

selagi ada noda hitam di jiwa mu
biarlah di akhirat kita bertemu

jangan biar aku melihat mu
kerna sakit masih bertamu
sampai ke mati tersimpan dikalbu
aku sendiri tak tahu mampukah aku memaafkan kamu..

Isnin, 6 Julai 2015

TERKANTOI

06/07/2015 2:50pm

terkesima....
terpaku,...
tersenyum....
rasa bersyukur...
kerana masih lagi ada yang jujur...

hari ini, aku mendapat suatu panggilan.  ku lihat number yang tiada dalam senarai kenalan.  aku tekan dan terdengar seorang wanita memberi salam.  penuh sopan dia memperkenalkan dirinya.  aku tertanya-tanya siapa kah gerangan wanita ini.  dengan perlahan dia menerangkan, dia mengenali suami ku.

hati mula berdebar,  tapi aku cuba bertenang.  secara jujur dia mengenali suami ku melalui salah satu media sosial.  dan sering juga berbalas balas pesanan yang menurutnya mungkin menyakiti ku.

mereka mula menyusun hari untuk bertemu... tetapi setiap kali tiba hari perjumpaan ada saja masalah yang mengganggu...  dan masalah itu berpunca dari suami ku.

suami ku seringkali memberi alasan atas ketidakhadirannya, wanita itu mula tidak sedap hati.  katanya dia mula menyiasat siapakah jejaka yang telah mula menarik perhatiannya.

mengucap panjang dia sebab mengetahui status jejaka itu... masih merupakan seorang suami yang punya dua orang anak.  dia memperolehi numbor telefon ku melalui satu media sosial... lantas dia menguatkan hati untuk menelefon ku dan ingin berbicara

Subhanallah.....
sungguh, ini pertama kali aku berbicara dengan wanita yang jujur begini... seorang janda punya seorang anak... katanya tiada hati langsung untuk dia menyakiti hati ku sebab dia sendiri dikabarkan status suamiku bujang.

kami berbual agak mesra.  aku suka caranya... kalau ditakdirkan mereka ada jodoh aku doakan moga sifat sopannya itu bukan suatu tabir... bukan suatu lakonan...
jika ini memang sifatnya aku berbesar hati jika dia menjadi maduku...
aku kalau boleh ingin menghindari poligami... tapi jika itu menjadi ujianku moga Allah tabahkan hatiku supaya aku menjadi seorang isteri yang bertimbang rasa dan tidak tenggelam dek emosi.

ye...
teknologi kini teramat maju dan ke depan
teramat mudah untuk digunakan
tapi jika nawaitu itu berlandaskan kesucian
nescaya terjauh la kita dari kemungkaran...

suamiku....
jika benar kau mampu
aku tak menolak jika takdir ku mendapat madu
tapi .... mampukah kamu..
sedang kehidupan kita kini masih memerlukan sandaranku...
masih jua aku bertungkus lumus mencari rezeki bersamamu

janganlah cuba menambah beban
yang ada ini pun tercungap cungap untuk meneruskan kehidupan
berangan pula untuk menambah cawangan

jaga dulu tiang mu 5 waktu
jaga dulu puasa mu setiap kali menjelma
jaga dulu amanah yang ada ditangan mu
kalau itu pun terkial kial untuk dijaga
buang saja anganmu untuk berbini dua...




Isnin, 27 April 2015

KEKAL DI HATI

Tanggal 15 April
Hari ini adalah hari jadi mu
Sahabat ku yang pernah menemaniku
Kini hanya mampu kuucapkan dari kejauhan
Kerana malu untukku berdepan

Wahai sahabat
Yang pernah mendengar keluh kesah ku
Yang pernah memberi semangat dan nasihat pada ku
Tidak ku tahu ikhlaskah perbuatanmu padaku
Namun yang ku tahu aku malu menjadi sahabatmu...

Wahai sahabat..
Doaku moga kau bahagia
Moga kau sentiasa sihat dan ceria
Walau mungkin ada sedikit terkilan di hati ini
Namun kau tetap kekal di hati

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 39, 

Isnin, 6 April 2015

TERASA....

TERASA

Aku pulang dengan niat berbakti
sementara ibu masih punya hayat lagi
namun ada yang benci dihati
segala fitnahan disebari

aku tahu siapa pasangan ku
tahu dia tak sempurna dimata mereka
mereka lupa itu sudah jodohku
segala kekurangannya aku redha menerima

walau dia banyak kekurangan
namun kekurangan itu masih boleh ku hadapi
sebagai isteri doa ku pohonkan
moga dia menjadi suami yang taat pada Ilahi

kerana dia tak punya apa
tak punya pangkat dan harta
maka segala nista dilempar padanya
dan sering membandingkan dengan yang lama

mereka lupa yang lama bukan hak ku lagi
mereka lupa apa yang ku hadapi 
mereka lupa aku sudah patah hati
mereka lupa kerana bukan mereka yang merasai

ya aku sedar aku membebani
kerana pasangan ku belum matang lagi
apa kan daya orang dah benci
bawa la diri jangan mereka mencari lagi....

moga bondaku ada yang sudi menjagai
kerana aku sudah cuba sedaya hati
bonda lebih mendengar mereka yang jauh dari diri
doaku pada si tukang halau ini
pulanglah dan jagalah bonda sepenuh hati..