TERKANTOI
06/07/2015 2:50pm
terkesima....
terpaku,...
tersenyum....
rasa bersyukur...
kerana masih lagi ada yang jujur...
hari ini, aku mendapat suatu panggilan. ku lihat number yang tiada dalam senarai kenalan. aku tekan dan terdengar seorang wanita memberi salam. penuh sopan dia memperkenalkan dirinya. aku tertanya-tanya siapa kah gerangan wanita ini. dengan perlahan dia menerangkan, dia mengenali suami ku.
hati mula berdebar, tapi aku cuba bertenang. secara jujur dia mengenali suami ku melalui salah satu media sosial. dan sering juga berbalas balas pesanan yang menurutnya mungkin menyakiti ku.
mereka mula menyusun hari untuk bertemu... tetapi setiap kali tiba hari perjumpaan ada saja masalah yang mengganggu... dan masalah itu berpunca dari suami ku.
suami ku seringkali memberi alasan atas ketidakhadirannya, wanita itu mula tidak sedap hati. katanya dia mula menyiasat siapakah jejaka yang telah mula menarik perhatiannya.
mengucap panjang dia sebab mengetahui status jejaka itu... masih merupakan seorang suami yang punya dua orang anak. dia memperolehi numbor telefon ku melalui satu media sosial... lantas dia menguatkan hati untuk menelefon ku dan ingin berbicara
Subhanallah.....
sungguh, ini pertama kali aku berbicara dengan wanita yang jujur begini... seorang janda punya seorang anak... katanya tiada hati langsung untuk dia menyakiti hati ku sebab dia sendiri dikabarkan status suamiku bujang.
kami berbual agak mesra. aku suka caranya... kalau ditakdirkan mereka ada jodoh aku doakan moga sifat sopannya itu bukan suatu tabir... bukan suatu lakonan...
jika ini memang sifatnya aku berbesar hati jika dia menjadi maduku...
aku kalau boleh ingin menghindari poligami... tapi jika itu menjadi ujianku moga Allah tabahkan hatiku supaya aku menjadi seorang isteri yang bertimbang rasa dan tidak tenggelam dek emosi.
ye...
teknologi kini teramat maju dan ke depan
teramat mudah untuk digunakan
tapi jika nawaitu itu berlandaskan kesucian
nescaya terjauh la kita dari kemungkaran...
suamiku....
jika benar kau mampu
aku tak menolak jika takdir ku mendapat madu
tapi .... mampukah kamu..
sedang kehidupan kita kini masih memerlukan sandaranku...
masih jua aku bertungkus lumus mencari rezeki bersamamu
janganlah cuba menambah beban
yang ada ini pun tercungap cungap untuk meneruskan kehidupan
berangan pula untuk menambah cawangan
jaga dulu tiang mu 5 waktu
jaga dulu puasa mu setiap kali menjelma
jaga dulu amanah yang ada ditangan mu
kalau itu pun terkial kial untuk dijaga
buang saja anganmu untuk berbini dua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan